Orang ramai membeli barangan keperluan asas yang dijual murah berbanding harga pasaran ketika program Jualan Ehsan Rahmah DUN Batu Tiga di Kampung Kebun Bunga, Shah Alam pada 24 Disember 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Kunjungi Jualan Ehsan Rahmah di Jeram, Selat Klang dan Sementa

SHAH ALAM, 26 DIS: Jualan Ehsan Rahmah (JER) kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) diteruskan di tiga lokasi pagi ini, bermula jam 10 pagi.

Jualan murah itu diadakan di Dewan Palembang Rantau Panjang (Sementa); Kafa Integrasi Sekolah Rendah Agama Nurul Ain (Selat Klang) dan berhampiran Klinik Desa Bandar Puncak Alam (Jeram).

JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 setiap pek), telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM10).

Selain menganjurkan jualan murah di lokasi terpilih pada setiap hari kecuali Jumaat dan cuti umum, PKPS turut menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Segi Fresh bagi memperluas capaian kepada penduduk setempat.

Pasar raya itu dilantik sebagai rakan strategik PKPS bagi pelaksanaan program JER termasuk penyediaan lokasi jualan dan logistik di 55 premis Segi Fresh.

Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan http://linktr.ee/myPKPS


Pengarang :