Darul Ehsan Berselawat diadakan di Dataran Karnival, pekarangan Stadium Shah Alam pada 31 Disember 2023. Foto Facebook Amirudin Shari
BERITA UTAMASELANGOR

Sertai Darul Ehsan Berselawat esok, ganti sambutan ambang Tahun Baharu

SHAH ALAM, 30 DIS: Orang ramai dijemput menghadiri Majlis Darul Ehsan Berselawat di Dataran Karnival, pekarangan Stadium Shah Alam esok bermula jam 2 petang.

Program sempena sambutan ambang Tahun Baharu itu bakal disempurnakan oleh Dato Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.

Majlis itu juga menampilkan tokoh Islam seperti Habib Jindan Novel, Habib Ali Zainal Abiin Assegaf dan Habib Nael Ben Taher, yang dijadual memimpin alunan qasidah.

Turut diadakan pada majlis munajat, zikir dan berselawat itu adalah bacaan Doa Untuk Palestin selain reruai pameran oleh pelbagai agensi dan jabatan kerajaan.

Pertandingan mewarna kanak-kanak serta gerai jualan keusahawanan juga disediakan kepada pengunjung. Orang ramai digalakkan membawa sejadah dan tikar serta memakai pelitup muka.


Pengarang :