A torii gate is damaged after an earthquake at a shrine in Kanazawa, Ishikawa prefecture, Japan Monday, Jan. 1, 2024. Japan issued tsunami alerts Monday after a series of strong quakes in the Sea of Japan. (Kyodo News via AP)
Kesan gempa bumi di wilayah Ishikawa di tengah Jepun pada 1 Januari 2024. Foto REUTERS
AGENDAGLOBAL

Korban gempa bumi Jepun cecah 213 orang, 52 masih hilang

TOKYO, 11 JAN: Jumlah korban akibat bencana gempa bumi yang melanda wilayah Ishikawa di tengah Jepun kini mencecah seramai 213 orang pada Khamis, lapor Xinhua memetik media tempatan.

Sejumlah 52 orang masih belum ditemukan manakala sekurang-kurangnya 567 lagi cedera, menurut penyiar NHK.

Sebanyak 98 kematian dilaporkan di Suzu manakala di Wajima seramai 83 orang dilaporkan terkorban, Anamizu (20), Nanao (lima), Noto (empat), Shika (dua) dan di Hakui (satu).

Selain itu, kerajaan wilayah berkenaan mengesahkan lapan kematian berkaitan bencana turut dilaporkan iaitu mangsa terselamat daripada gempa bumi tetapi meninggal dunia akibat kecederaan atau penyakit disebabkan tekanan fizikal dan mental selepas bencana.

-BERNAMA-XINHUA


Pengarang :