AGENDABERITA UTAMANASIONALPILIHAN MINGGUAN

Pameran seni di Galeri Shah Alam hingga 29 Februari, sasar 5,000 pengunjung

SHAH ALAM, 27 JAN: Seramai 5,000 pengunjung dijangka memeriahkan Pameran Terbuka Galeri Shah Alam 2023 (PTGSA23) yang berlangsung mulai hari ini hingga 29 Februari depan.

EXCO Kebudayaan Borhan Aman Shah berkata menerusi pameran terbabit, pengunjung dapat melihat 52 karya seni pelbagai tema yang bersesuaian dengan kehidupan rakyat negara ini.

“PTGSA23 ini menerima 166 penyertaan dari seluruh negara namun 53 karya terpilih untuk dipamerkan kepada umum termasuk hasil kerja dari golongan pelajar.

“Pameran ini memperkenalkan empat kategori karya utama iaitu gabungan tema luas, naratif sosiobudaya hingga eksplorasi rohani, karya 2D dan 3D serta media baru,” katanya selepas merasmikan pameran terbabit.

EXCO Kebudayaan dan Warisan Borhan Aman Shah merasmikan Pameran Terbuka Galeri Shah Alam 2023 di Galeri Shah Alam pada 27 Januari 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Sementara itu artis, Ng Yen Te, 52, gembira apabila karyanya berjudul ‘Menikmati Aiskrim Bersama’ dihasilkan menggunakan dakwat Cina terpilih sebagai penerima insentif sekali gus membawa wang tunai RM3,000.

Guru lukisan sekolah swasta di Klang itu berkata, karya berkenaan  melambangkan keharmonian serta perpaduan dalam negara ini dan memilih aiskrim sebagai simbolik penyatuan kaum.

Selain Yen Te, empat lagi artis turut menerima insentif sama iaitu Mohamed Zaki Zakaria (Nelayan Dalam Lautan 20230, Muhammad Ikmal Danieal Mat Jusoh ( Al-Safa), Mohamad Hassan (Bebas) dan Nor Syuhada Mohamed (Darah Daging).

EXCO Kebudayaan dan Warisan Borhan Aman Shah melihat Pameran Terbuka Galeri Shah Alam 2023 di Galeri Shah Alam pada 27 Januari 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
EXCO Kebudayaan dan Warisan Borhan Aman Shah melihat Pameran Terbuka Galeri Shah Alam 2023 di Galeri Shah Alam pada 27 Januari 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
Pelukis Ng Yen Tee bersama lukisannya yang bertajuk “Menikmati Aiskrim Bersama” ketika Pameran Terbuka Galeri Shah Alam 2023 di Galeri Shah Alam pada 27 Januari 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
Pengunjung melihat Pameran Terbuka Galeri Shah Alam 2023 di Galeri Shah Alam pada 27 Januari 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
Pengunjung melihat Pameran Terbuka Galeri Shah Alam 2023 di Galeri Shah Alam pada 27 Januari 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

 


Pengarang :