Orang ramai mendaftar dan mengemas kini maklumat peribadi dalam Sistem Pengkalan Data Utama (Padu) di kaunter yang disediakan di NADi Kota Raja Klang pada 22 Mac 2024. Foto laman X Jabatan Perangkaan Malaysia
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Jom daftar! Kaunter fizikal kemas kini Padu terus dibuka

Oleh NAS NORZIELA NASBAH

SHAH ALAM, 27 MAC: Orang ramai diseru mengunjungi lebih 50 kaunter fizikal untuk mengemas kini Sistem Pangkalan Data Utama (Padu) sebelum tarikh tutup 31 Mac.

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Selangor memaklumkan kaunter pendaftaran tersebut dibuka di setiap daerah negeri ini mulai 9 pagi hingga 4 petang

“Jom warga Selangor serbu kaunter Padu berdekatan anda,” menurut kenyataan DOSM Selangor menerusi Facebook.

Individu berumur 18 tahun ke atas terutama ketua isi rumah disaran mendaftar segera dengan sistem Padu bagi mengelak tercicir bantuan atau subsidi bersasar.

Senarai kaunter dan tarikh pembukaan Padu mengikut daerah:

Gombak

  • Lotus’s Rawang (25-31 Mac) (9 pagi – 4 petang) (28 Mac – tutup) 
  • Pusat Sebaran Maklumat Nasional (Nadi) Wangsa Permai dan Desa Satu, Kepong (25 – 31 Mac)
  • Dewan MPKK Kampung Selayang Indah (30 Mac) (10 am – 3 petang)
  • Giant Batu Caves (25 – 29 Mac) (9 pagi – 4 petang) (Cuti umum – tutup)
  • IPD Gombak (26 & 27 Mac) (10 pagi – 3 petang)
  • Balai Penghulu Mukim Batu (26 & 27 Mac) (10 pagi – 3 petang)
  • Pasar raya NSK Bukit Rawang Jaya (25 & 26 Mac) (9 pagi – 4 petang)
  • Masjid Al-Ridhuan Hulu Kelang (27 & 29 Mac) (10 pagi – 3 petang)
  • Dewan Komuniti Kampung Melayu, Sungai Buloh (29 Mac) (9.30 pagi – 12.30 tengah hari)
  • Dewan SJK (C) Kundang (31 Mac) (9 pagi – 3 petang)

Hulu Langat

  • Nadi Dato’ Ahmad Razali (25-31 Mac) (28, 29 Mac – tutup)
  • Nadi Bandar Tasik Kesuma (25 & 29 Mac)
  • Nadi Taman Pinggiran Delima (25 & 26 Mac)
  • Pejabat Penghulu Mukim Semenyih (26 & 28 Mac)
  • Kompleks Penghulu Mukim Cheras (25 & 27 Mac)
  • Kompleks Penghulu Mukim Ulu Langat (28 & 29 Mac)
  • Pejabat DUN Dusun Tua (25 – 28 Mac)
  • Pejabat DUN Kajang (25 hingga 27 & 29 Mac)
  • Pusat Komuniti Desa Kampung Jawa (27 & 28 Mac)
  • Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Hulu Langat  (25 – 29 Mac)
  • Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) (25, 26, 27 & 29 Mac)
  • Seksyen 7, Bandar Sungai Long  (28 Mac)
  • Masjid Kampung Sungai Merab (29 Mac)
  • Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Teratai (26 & 27 Mac)
  • Surau Al-Hilal Pandan Indah (31 Mac)

Hulu Selangor

  • Nadi /Pusat Ekonomi Digital (Pedi) Pekan Kuala Kubu Bharu (25-31 Mac) (tutup 28 Mac)
  • Masjid Seri Keledang (26 & 27 Mac) (9 pagi – 4 petang)
  • Masjid Noor Hidayah, Felda Sungai Tengi (29 Mac 9 pagi-4 petang) (30 Mac 8 pagi- 1 tengah hari) 
  • Lotus’s Bukit Beruntung (25-31 Mac) (9 pagi – 4 petang) (28 Mac – tutup)
  • Econsave Batang Kali (25, 29, 30 & 31 Mac) (9 pagi – 4 petang)

Kuala Selangor

  • Nadi Pekan Ijok (25-27 & 29-31 Mac) (8 pagi-4 petang)
  • Nadi Kampung Batu 19, Jeram (25-27 & 29-31 Mac) (8 pagi-4 petang) 
  • Nadi Taman Saujana Utama (25, 26, 30 & 31 Mac) (8 pagi-4 petang) 
  • Nadi Taman Seri Cahaya (25-27 & 29 – 31 Mac) (8 pagi-4 petang) 
  • Nadi Felda Bukit Cherakah (25, 26, 30 & 31 Mac) (8 pagi-4 petang)
  • Nadi Sungai Sireh (25-27 & 29 – 31 Mac) (8 pagi-4 petang)
  • Pejabat UMNO Tanjung Karang (26 Mac) (9 pagi – 3 petang)
  • Majlis Perbandaran Kuala Selangor (26 & 27 Mac) (9 pagi – 3 petang)
  • Pusat Desa Kampung Raja Musa (30 Mac) (9 pagi – 1 tengah hari)

Sabak Bernam

  • Dewan JKKK Site B Sekinchan (25 Mac)
  • PKM Pejabat Penyelaras DUN Sabak Taman Berjaya (27 Mac)
  • Nadi (Pedi) Kampung Baru Sentosa (26, 30&31)
  • Nadi (Pedi) Pasir Panjang (26, 27, 30&31)
  • Nadi (Pedi) Kampung Tengah Peket 100 (30&31)
  • Nadi (Pedi) Kampung Sungai Leman (26,27,30,31 Mac)
  • PDT Daerah Sabak Bernam (25-27 Mac)
  • Tokong Thean Hok Kion (bersebelahan Dewan SJKC Yoke Huan, Sekinchan) (29-31 Mac)

Klang

  • Dewan Hamzah Klang (25 Mac)
  • PDT Klang (25 – 29 Mac)
  • Balai KRT Taman Meru 3 (29 & 30 Mac)
  • Sekolah Kebangsaan (SK) Telok Gong (30 & 31 Mac)
  • Masjid Kampung Raja Uda, Pelabuhan Klang (25 – 27 Mac)
  • Nadi Kota Raja (25 – 31 Mac)
  • Masjid Nurul Jannah, Jalan Jabar, Taman Meru Aman (30 Mac)
  • Dewan Orang Ramai, Kampung Sungai Pelek (30 & 31 Mac)
  • Dewan MPKK Pandamaran (30 Mac)

Petaling

  • Bangunan Darul Ehsan (25-29 Mac) (9 pagi – 2 petang)
  • UTC Shah Alam (25-31 Mac)
  • Giant Seri Kembangan (25-31 Mac)
  • Giant Kota Damansara  (25-31 Mac)
  • AEON Big Shah Alam (25-27 Mac)
  • Pusat Komuniti Paya Jaras (25 Mac)
  • Pejabat Parlimen Subang (26&27 Mac)
  • Dewan Serbaguna Seri Setia (B Floor) (25 Mac)

Sepang

  • Nadi Kampung Hulu Chuchoh (25-29 Mac (Khamis tutup)
  • Nadi Taman Tenteram (25-31 Mac (Khamis tutup)
  • Pejabat Daerah & Tanah Sepang (25-29 Mac (Khamis tutup)
  • Kompleks Penghulu Mukim Sepang (25-29 Mac (Khamis tutup)
  • Kompleks Penghulu Mukim Dengkil (25-29 Mac (Khamis tutup)
  • Hospital Cyberjaya (25-27 Mac)
  • Kampung Dato’ Abu Bakar Baginda (29 Mac)
  • Pejabat Ahli Majlis Zon Sri Dengkil (30 Mac)

Kuala Langat

  • Balai JPKK Kampung RTB Bukit Changgang (25 Mac)
  • Balai raya Kampung Seri Cheeding (26&27 Mac)
  • Dewan Komuniti Taman Dato Hormat (30 Mac)
  • Pejabat Sime Darby Ladang East (25 Mac)
  • Nadi Kanchong Darat (27 Mac)
  • Dewan Serbaguna Kampung Sungai Buaya (29 Mac)
  • Persatuan Nelayan Kuala Langat di Dewan El Azhar Camp (26 Mac)
  • Nadi Kampung Kundang (27& 29-31 Mac)
  • Dewan Orang Ramai Sungai Manggis (31 Mac)

Sebelum ini, Ketua Pengarah Jabatan Perangkaan Selangor Hartini Yaacob berkata kemas kini maklumat isi rumah itu penting bagi memudahkan penyaluran bantuan yang dirancang kerajaan pada masa depan.

Pendaftaran boleh dibuat melalui laman sesawang www.padu.gov.my bermula 2 Januari sehingga 31 Mac yang dianggar mengambil masa kurang 10 minit.

Padu yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2 Januari lalu menjadi platform tunggal untuk meningkat kecekapan pengagihan subsidi serta bantuan kepada rakyat yang layak


Pengarang :