AGENSISELANGOR

Klang, Petaling antara lima daerah diramal hujan lebat hingga 9 malam

SHAH ALAM, 29 MAC: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramal hujan lebat melanda Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Petaling, Hulu Langat hingga 9 malam.

Menurut agensi itu di Facebook, cuaca hujan disertai ribut petir turut melanda seluruh Perlis dan Melaka selain beberapa kawasan di Kedah, Perak, Kelantan, Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.

MetMalaysia memaklumkan, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :