Tangkap layar rakaman video progam tadabbur al-Quran sehari satu ayat sempena Ramadan bersama Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dan Ustaz Don Daniyal Don Biyajid.
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Rasulullah susuk terpenting, dipelihara kemuliaannya (VIDEO)

SHAH ALAM, 29 MAC: Rasulullah SAW merupakan susuk paling penting kepada umat Islam dimana kemuliaannya dijunjung tinggi dan dipelihara Allah.

Demikian kata Ustaz Don Daniyal Don Biyajid ketika menghuraikan surah al-Baqarah ayat 142 yang dibaca qari jemputan Abdul Qawiy Abdul Rashid.

Menurut Don Daniyal dalam ayat berkenaan Allah melabelkan manusia sebagai ‘bodoh’ kerana mengkritik Nabi Muhammad dalam hal pemindahan arah kiblat dari Baitulmaqdis ke Baitullah.

Tangkap layar qari jemputan Abdul Qawiy Abdul Rashid dalam rakaman video progam tadabbur al-Quran sehari satu ayat sempena Ramadan

“Lihat betapa pentingnya menjaga Nabi Muhammad. Orang yang kurang cerdik, mereka akan mengenepikan nabi dan merasakan nabi seperti orang biasa.

“Memang nabi adalah manusia tetapi nabi dahsyat. Ada satu hadis sahih yang menceritakan azab kubur kepada orang kafir dan munafik yang tidak mengenali nabi,” katanya dalam program Tadabbur al-Quran bersama Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.

Program Tadabbur al-Quran anjuran Pejabat Dato’ Menteri Besar dan Media Selangor yang membaca satu ayat setiap hari sepanjang Ramadan dipancar melalui media sosial Amirudin Shari, Media Selangor dan TV Al-Hijrah.

Sementara itu, Amirudin mengajak umat Islam terus menghayati Ramadan menerusi sunnah Rasulullah dan amalan ibadat lain yang dituntut.

“Teruskan penghayatan dan pemantapan kita di bulan Ramadan dengan membaca al-Quran, mendalami sunnah Rasulullah di malam-malam terakhir Ramadan,” katanya.

Berikut episod Tadabbur al-Quran terdahulu yang boleh diikuti:

Episod 1: terus berbuat amal kebaikan
Episod 2: mohon petunjuk dan ilham
Episod 3: ilmu dan adab asas kehidupan
Episod 4: jaga hati, ubah diri ke arah lebih baik
Episod 5: amanah, cerita kebenaran
Episod 6: bersatu hati, elak pertikaian
Episod 7: ilmu datang dari pelbagai arah
Episod 8: kepentingan akal membuat keputusan, jalani kehidupan
Episod 9: wajib berbakti kepada ibu bapa
Episod 10: berdoa agar amalan diterima Allah
Episod 11: manfaat pancaindera untuk timba ilmu
Episod 12: kongsi rezeki dan yakin balasan Allah
Episod 13: ujian itu hikmah, jadi insan hebat
Episod 14: istiqamah mengingat Allah
Episod 15: ujian Allah sesuai kemampuan
Episod 16: bercakap benar, beradab dalam berbicara
Episod 17: pemimpin berbincang sebelum buat keputusan


Pengarang :