Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Kali, Saifuddin Shafi Muhammad beramah mesra bersama ahli kelab kereta ketika Bikes Raya Meet 2024 di Batang kali, Hulu Selangor pada 21 April 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
ADNBERITA UTAMASELANGOR

Pameran motosikal, kereta meriahkan rumah terbuka Bikes Meet X Raya

HULU SELANGOR, 21 APRIL: Kira-kira 500 orang memeriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri Bikes Meet X Raya anjuran Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Kali di Pusat Perdangangan Ara, Jalan Ara 4 Batang Kali di sini hari ini.

Penyelarasnya Saifuddin Shafi Muhammad berkata daripada jumlah itu kira-kira 150 penunggang motosikal pelbagai jenis menyertainya serta 40 pemandu kereta dan bakinya adalah penduduk di kawasan tersebut.

“Alhamdulillah, kita telah rancang program ini sejak dari awal lagi untuk meraikan sambutan Aidilfitri bersama penduduk di Batang Kali dan rakan-rakan yang aktif dalam bidang permotoran kerana mereka juga antara banyak membantu saya dalam menjayakan pelbagai program sebelum ini.

Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Kali, Saifuddin Shafi Muhammad bergambar bersama ahli kelab motorsikal ketika Bikes Raya Meet 2024 di Batang kali, Hulu Selangor pada 21 April 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

“Pelbagai pengisian menarik diadakan sepanjang program ini selain jamuan raya kita turut adakan aktiviti cabutan bertuah dan pameran motosikal serta kereta-kereta cantik,” katanya ketika ditemui di sini.

Saifuddin berkata program yang turut mendapat kerjasama Rakan Digital Selangor dan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI itu turut menyediakan 1,000 kupon Platform Selangor (PLATS) bernilai RM5 kepada pengunjung.

“Rakan Digital Selangor membawa 15 peniaga hari ini yang menyediakan pelbagai jenis juadah dan air balang untuk pengunjung membelanjalan kupon PLATS di sini.

“Manakala, kita pula menyediakan juadah seperti lemang, rendang, goreng pisang dan air secara percuma. Tujuan kita menyediakan menu yang tidak terlalu banyak adalah kerena mahu membantu memajukan peniaga tempatan terutama di Batang Kali ini.

“Kita harap pengunjung juga dapat menyokong dan membeli juadah yang dijual peniaga di sini dengan menggunakan kupon PLATS yang kami edarkan ini,” jelasnya.

 


Pengarang :