EKONOMI

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR, 29 NOV: Ringgit dibuka tinggi hari ini disokong oleh minat yang lebih baik daripada pelabur apabila Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) membayangkan kenaikan kadar faedah neutral pada tahun depan.

Pada 9.00 pagi, ringgit berada pada 4.1935/1975 berbanding dolar AS daripada 4.1980/2020 pada Rabu.

Seorang peniaga berkata kenyataan daripada Pengerusi Fed Jerome Powell telah melegakan pelabur yang gelisah menunggu untuk melihat sama ada akan ada satu lagi kenaikan kadar faedah.

“Buat masa sekarang, sentimen pasaran telah bertambah baik, tetapi dorongan sebenar bagi pasaran sedang pesat membangun masih pada Sidang Kemundak G20 pada hujung minggu ini,” katanya sambil menambah ketegangan perdagangan yang berlarutan antara Amerika Syarikat dan China telah menjejaskan perdagangan negara-negara ini.

Hala tuju jelas akan apa yang berlaku seterusnya bergantung kepada rundingan antara Presiden AS Donald Trump dan Presiden China Xi Jinping.

Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding mata wang utama lain.

Ia turun berbanding dolar Singapura kepada 3.0525/0565 daripada paras penutup 3.0464/0498 pada Rabu, susut berbanding yen kepada 3.6921/6963 daripada 3.6902/6941 dan jatuh berbanding euro kepada 4.7663/7713 daripada 4.7353/7403.

Unit tempatan juga berkurangan berbanding pound Britain kepada 5.3777/3833 daripada 5.3571/3626 pada Rabu.

SUMBER: BERNAMA


Pengarang :