PBTSELANGOR

Sebahagian jalan ditutup sempena Karnival Pengguna Bebas Plastik

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

SHAH ALAM, 30 NOV: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menutup sebahagian jalan sempena penganjuran Karnival Pengguna Bebas Plastik dan ‘Food Truck’, yang bakal diadakan pada 1 dan 2 Disember ini.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awamnya, Shahrin Ahmad berkata, jalan terbabit bagi persiapan program adalah Persiaran Bandaraya (Dataran Kemerdekaan).

Katanya, laluan itu mula ditutup pada 29 November hingga 2 Disember, bermula dari jam 6 petang hingga 12 tengah malam.

“MBSA menyeru orang ramai tidak menggunakan jalan dinyatakan pada tempoh itu untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas dan sentiasa mematuhi arahan dari semasa ke semasa diberikan MBSA.

“Kami juga memohon pengguna jalan raya memberikan kerjasama dan menggunakan jalan alternatif untuk menuju ke destinasihendak ditujui,” katanya dalam kenyataan.


Pengarang :