NASIONAL

Mendapan tanah tak jejas projek Pan Borneo

KUALA LUMPUR, 13 DIS: Insiden mendapan tanah di sebahagian jajaran projek Lebuhraya Pan Borneo yang dalam pembinaan pada Selasa lepas, tidak menjejaskan projek.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Mohd Anuar Mohd Tahir berkata, Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak proaktif menangani perkara itu dalam memastikan masalah sama tidak berulang dan mengganggu kelancaran projek yang dijangka siap menjelang 2020.

“JKR Sarawak sudah buat pemeriksaan dan biasanya jika berlaku kes seumpama itu jabatan akan jalankan siasatan serta menanganinya supaya tidak berulang.

“Kejadian ini tidak melambatkan proses pembinaan projek kerana seperti projek lain bagi kes sebegini kita akan atasinya segera,” katanya.

Terdahulu, sebahagian laluan di Kilometer 48 Jalan Bintulu-Tatau mengalami kerosakan teruk, selain menjejaskan aliran trafik di kawasan berkenaan dalam kejadian kira-kira 4.45 petang, pada 10 Disember lalu.

-BERNAMA


Pengarang :