SELANGOR

Sumbangan fisioterapi bantu warga emas berjalan semula

OLEH NAZLI IBRAHIM

SEMENYIH, 27 FEB: Peralatan fisioterapi bernilai RM93,550 yang disumbangkan Lembaga Zakat Selangor (LZS) banyak memberi manfaat kepada penghuni Pusat Penjagaan Mahmudah Malaysia.

Pengerusinya, Ruslan Saidin berkata, beberapa warga emas di pusat jagaan terbabit menunjukkan perkembangan positif selepas menjalani latihan fisioterapi.

“Ramai antara mereka dalam keadaan tak berapa sihat kerana bila terlalu lama duduk di kerusi roda atau katil, elok-elok boleh berjalan akan jadi tak boleh berjalan.

“Malah ada penghuni yang sebelum ini makan pun perlu disuapkan tetapi sudah mula boleh menyuap makanan sendiri dan yang tak boleh berjalan, sekarang dah boleh menapak,” katanya.

Ruslan berkata demikian kepada SelangorKini pada Majlis Sumbangan Pusat Fisioterapi LZS kepada lima pusat kebajikan warga emas, di Hulu Langat.

Katanya, latihan fisioterapi itu dikendalikan pesara jurulatih bertauliah hospital kerajaan.

Pada masa sama, beliau turut mengalukuna mana-mana pihak sama ada organisasi atau persendirian memberi sumbangan dalam pelbagai bentuk kepada pusat penjagaan itu.

Terdahulu, LZS menyerahkan sumbangan zakat berjumlah RM467,550 berupa set peralatan fisioterapi kepada lima rumah kebajikan warga emas, di Hulu Langat.


Pengarang :