NASIONAL

Touch ‘n Go nafi keluar kad edisi khas Anwar Ibrahim

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 23 MEI: Touch ‘n Go (TNG) Malaysia hari ini menafikan pihaknya mengeluarkan kad edisi terhad gambar Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

TNG dalam kenyataan di Facebook rasminya berkata, gambar kad itu yang kini tular di media sosial adalah palsu.

“Pelanggan dinasihatkan supaya sentiasa merujuk kepada saluran rasmi media sosial Touch ‘n Go di Facebook dan Twitter @Mytouchngo untuk maklumat terkini mengenai produk dan perkhidmatan kami.

“Sila berhati-hati dengan penipuan di atas talian,” kata kenyataan itu, hari ini.

Orang ramai boleh menghubungi Touch ‘n Go melalui Facebook Messenger, emel [email protected] atau talian 032714 8888 untuk sebarang keraguan.

 


Pengarang :