AGENSISELANGOR

55 bayi lahir pada tanggal 1 Januari 2020 di Selangor

SHAH ALAM, 1 JAN: Seramai 55 bayi dilahirkan pada tanggal 1 Januari 2020 setakat jam 10 pagi tadi di beberapa buah hospital di negeri ini.

Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr Khalid Ibrahim berkata, daripada jumlah itu, seramai 33 adalah bayi lelaki dan 22 lagi bayi perempuan.

Katanya, 42 bayi dilahirkan secara normal manakala 13 lagi menerusi pembedahan.

“Dari segi pecahan bangsa, 45 bayi Melayu, Cina (4) dan India (2). Empat bayi lagi adalah warga asing dengan tiga daripadanya Indonesia dan seorang Nigeria,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, tiada kelahiran bayi kembar di Selangor direkodkan setakat ini.


Pengarang :