Dato’ Seri Amirudin Shari (kanan) bersama Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Selangor, Eddie Ahmad Khodzali (dua, kanan) menandatangani plak simbolik Sambutan Jubli Emas ke 50 tahun Yayasan Selangor ketika Program Santai Bersama Pengerusi Yayasan Selangor di Menara Yayasan Selangor, Petaling Jaya pada 15 Januari 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
BERITA UTAMASELANGOR

MB: Selangor ketinggalan jika rakyat tidak berubah

PETALING JAYA, 16 JAN: Selangor akan ketinggalan jika rakyatnya tidak melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran era Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0), kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata kegagalan menguasai era dunia pintar boleh menjadikan ekonomi negeri ini berdepan kesukaran untuk bersaing di peringkat global.

“Sekarang ini orang cakap tentang IR 4.0 yang berlaku di peringkat global. Saya selalu tekankan mengenai betapa pentingnya perkara ini.

“Kita bercakap tentang kehidupan pintar yang mana internet digabungkan dengan kehidupan kita. Semua perkara menjadi pantas,” katanya berucap pada Program Santai Bersama Warga Yayasan Selangor di sini semalam.

Beliau berkata Kerajaan Negeri akan memastikan agenda pendidikan unggul yang dirancang pada tahun ini berjaya.

“Ini menunjukkan komitmen Kerajaan Negeri terhadap agenda pendidikan rakyat Selangor.

“Ingin saya tekankan bahawa rakyat berilmu, berhikmah dan berintegriti adalah sumber kekuatan kepada negeri ini, ” katanya.


Pengarang :