Kakitangan Kementerian Kesihatan menyimpan sampel saringan ketika tinjauan pada 2 April 2020 berikutan beberapa penghuni di Flat PKNS Kampung Baru, Kuala Lumpur dijangkiti Covid-19. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Covid-19: Selangor rekod dua kes baharu, satu tiada gejala

SHAH ALAM, 29 JUN: Selangor mencatatkan dua kes baharu Covid-19 hari ini dengan satu dikesan tidak bergejala di daerah Petaling.

Menurut Bilik Gerakan Covid-19 Selangor, satu lagi merupakan kes import yang dijangkiti dari Fiji.

Keseluruhannya, negeri itu mencatatkan 2,046 kes dengan 31 daripadanya aktif.

Sementara itu, Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor menasihatkan orang awam tidak mensia-siakan tatacara operasi piawai (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan meskipun kes harian rendah kebelakangan ini.

“Disiplin mengamalkan penjagaan kendiri dan sentiasa berpesan saling mencegah,” tulisnya di Facebook malam ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan hanya tiga kes baharu dicatatkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 8,637 kes.


Pengarang :