Penguat kuasa kastam Thailand menyemak dokumen orang ramai sebelum melalui sempadan masuk ke Malaysia di Narathiwat pada 1 April 2020. Foto AFP
AGENDAGLOBAL

Covid-19: Thailand lapor tiga lagi kes import

BANGKOK, 13 JULAI: Thailand melaporkan tiga lagi kes import baharu Covid-19, menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini sebanyak 3,220, lapor agensi berita Thailand (TNA) memetik Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA).

Angka korban kekal seramai 58 orang. Jumlah kes sembuh pula sebanyak 3,090 dan 72 lagi masih dirawat di hospital.

Tiada jangkitan tempatan dilaporkan selama 49 hari.

Semua kes baharu itu melibatkan seorang lelaki warga tempatan yang kembali dari Kuwait pada 29 Jun. Lelaki itu menaiki penerbangan sama dengan 10 orang yang turut disahkan dijangkiti virus berkenaan.

Kes kedua pula membabitkan pesakit dalam siasatan (PUI), seorang wanita Thailand, yang tiba dari Bahrain

Sementara itu, kes ketiga melibatkan seorang tentera Mesir, yang berlepas dari Kaherah pada 7 Julai dan mengunjungi Emeriah Arab Bersatu (UAE) serta Pakistan sebelum tiba di Lapangan Terbang U-Tapao Rayong pada 8 Julai.

Beliau turut mengunjungi China untuk misi ketenteraan pada 9 Julai sebelum kembali ke Thailand pada hari yang sama.

– BERNAMA


Pengarang :