Pengembara yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur menjalani pemeriksaan kesihatan. Foto Facebook Dr Noor Hisham Abdullah
AGENDANASIONAL

KKM kompaun menteri langgar SOP cegah Covid-19

KUALA LUMPUR, 22 OGOS: Kementerian Kesihatan (KKM) mengeluarkan kompaun RM1,000 terhadap Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, pada 7 Ogos lepas.

Kompaun itu dikeluarkan atas kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998 (Akta 342).

Bagaimanapun, Mohd Khairuddin telah menjelaskan kompaun itu.

“Mohd Khairuddin telah pulang dari Turki pada 7 Julai dan sampel nasopharyngeal swab kali pertama telah diambil pada hari yang sama dan didapati negatif.

“Ujian saringan Covid-19 kali kedua dan ketiga juga menunjukkan keputusan negatif,” menurut KKM dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok mendakwa Mohd Khairuddin tidak menjalani kuarantin 14 hari selepas pulang daripada kunjungan ke Turki.

Ekoran itu, Mohd Khairuddin yang juga Ahli Jawatankuasa Pusat PAS, dikritik banyak pihak kerana menteri sendiri tidak mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) yang ditetapkan pihak berkuasa, khasnya mengingkari arahan kuarantin bagi mana-mana warganegara Malaysia yang pulang ke tanah air dari luar negara.

– BERNAMA


Pengarang :