Pembahagi jalan yang mengeliru dan membahayakan pengguna di Persiaran Raja Lumu, Pelabuhan Klang. Foto: Facebook Azmizam Zaman Huri
ADNSELANGOR

Baik pulih jalan Persiaran Raja Lumu bermula November

SHAH ALAM, 10 SEPT: Kerja baik pulih jalan di Persiaran Raja Lumu, Pelabuhan Klang bermula November dan kini dalam proses sebut harga, kata Ahli Dewan Negerinya.

Azmizam Zaman Huri berkata jalan terbabit perlu dibaiki segera kerana terdapat pembahagi jalan yang mengeliru dan membahayakan pengguna.

“Jalan ini rosak lebih setahun lalu dan kewujudan pembahagi jalan yang mengelirukan mengakibatkan kemalangan membabitkan penunggang motosikal dan kereta terutama di sebelah malam.

“Selain itu, lori turut diletakkan di bahu jalan dan saya berharap semua pengguna berhati-hati di kawasan ini dan bersabar kerana masalah ini bakal diselesaikan sedikit masa lagi,” katanya ketika dihubungi.

Beliau yang melawat kawasan berkenaan pada 14 Julai lalu berkata permukaan jalan tidak rata juga menyebabkan air bertakung ketika hujan kerana masalah sistem perparitan.

Azmizam menambah Majlis Perbandaran Klang memperuntuk RM1 juta bagi membaiki jalan empat lorong sepanjang 500 meter itu dan pembaikan lampu isyarat telah dibuat sebelum ini.


Pengarang :