Orang ramai mematuhi arahan menggunakan pelitup muka selepas kerajaan mewajibkan penggunaannya di tempat awam dan sesak bagi mengawal penularan Covid-19. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Covid-19: Selangor catat satu kes import, empat kes aktif

SHAH ALAM, 9 SEPT: Selangor merekodkan satu kes baharu Covid-19 hari ini membabitkan rakyat tempatan yang mendapat jangkitan dari Korea Selatan.

Bilik Gerakan Negeri Selangor (BGNS) berkata perkembangan itu menjadikan jumlah terkumpul di negeri ini sebanyak 2,189 manakala empat kes aktif dengan kebolehjangkitan.

“Alhamdulillah, tiada kes tempatan yang direkodkan dan ini adalah kali ke-62 tiada kes tempatan sejak 18 Mac 2020. Tiada kes discaj dan kematian dilaporkan,” katanya.

Kementerian Kesihatan (KKM) pula melaporkan terdapat 24 kes baharu membabitkan 18 kes penularan tempatan dan enam kes import sekali gus menjadikan jumlah terkumpul 9,583.

Pesakit pulih dalam negara pula seramai tujuh orang manakala angka kematian ekoran wabak itu kekal 128.

 


Pengarang :