Selangorkini
Dato’ Seri Amirudin Shari ketika sesi perbahasan pada sidang Dewan Negeri Selangor, Shah Alam pada 9 November 2020. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

Pindaan enakmen beri kuasa Luas caj pengambilan air lebih had

SHAH ALAM, 10 NOV: Pindaan enakmen memberi kuasa kepada Lembaga Urus Air Selangor (Luas) mengenakan caj terhadap pengambilan air melebihi had dibenarkan.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata pindaan Seksyen 44 Luas sebagai langkah mengawal penggunaan sumber air bagi mengelak pembaziran.

“Alhamdulillah, hari ini (semalam) disempurnakan pindaan enakmen Luas di Dewan Negeri Selangor (DNS) dan kini telah pun menjadi sebahagian daripada rang undang-undang.

“Pindaan dengan kelulusan sebanyak 11 fasal ini antara lain menaikkan jumlah denda minimum kepada RM200,000 dan menetapkan jumlah denda maksimum tidak melebihi RM1 juta berserta hukuman penjara mandatori sebagai faktor pencegah,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Amirudin berkata DNS turut meluluskan semua perbelanjaan membersih atau memulihkan sebarang pencemaran oleh Luas akan ditanggung pesalah.

Semalam, DNS meluluskan pindaan Rang Undang-undang Lembaga Urus Air Selangor (Pindaan 2020) selepas mendapat sokongan semua wakil rakyat.


Pengarang :