Datuk Bandar Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) Mohamad Azhan Md Amir (tengah) menyantuni tetamu rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri, Raya@PJ di Laman MBPJ dan Dataran Boulevard, Petaling Jaya pada 20 Mei 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
PBTSELANGOR

Ribuan tetamu meriahkan rumah terbuka MBPJ, hidang juadah 14 negeri

SHAH ALAM, 20 MEI : Lebih 7,000 pengunjung pelbagai kaum hadir memeriahkan majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri, Raya@PJ anjuran Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) malam ini.

Datuk Bandar Mohamad Azhan Mohd Amir berkata sambutan amat menggalakkan selepas dua tahun pihak berkuasa tempatan (PBT) itu tidak menganjurkan rumah terbuka akibat pandemik Covid-19.

“Alhamdulillah, ini adalah rumah terbuka pertama kali kita anjurkan di Laman MBPJ termasuk menampilkan konsep juadah daripada 14 buah negeri dengan berkonsepkan gerai.

Orang ramai hadir rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri, Raya@PJ di Laman MBPJ dan Dataran Boulevard, Petaling Jaya pada 20 Mei 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

“Usaha ini sebagai tanda kasih sayang MBPJ kepada penduduk Petaling Jaya di samping memberi peluang mereka merasai juadah dari pelbagai negeri yang mungkin ada dalam kalangan kita tidak pernah makan makanan negeri lain-lain,” katanya kepada SelangorKini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri, Raya@PJ di Laman MBPJ di sini, malam ini.

Antara menu istimewa disediakan adalah kambing bakar, puding raja, sate, char kuey tiaw, laksa Sarawak, mee kolok, pasembor, nasi dagang dan pelbagai jenis kuih raya.

Turut menampilkan persembahan beberapa artis veteran iaitu Datuk Hail Amir, Aishah dan Junainah M Amin dan Amir Ukays termasuk artis kebudayaan MBPJ.

Orang ramai hadir rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri, Raya@PJ di Laman MBPJ dan Dataran Boulevard, Petaling Jaya pada 20 Mei 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Pengarang :