Timbalan Menteri Kesihatan 1, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali (tengah) dan Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor, Datin Paduka Mastura Muhamad (kanan) serta Pengarah Jabatan Kesihatan Selangor, Dato’ Dr Sha’ari Ngadiman ketika menghadiri sesi pendengaran awam penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam pada 1 Jun 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

HFMD: 691 premis seluruh negara ditutup, 216 di Selangor

SHAH ALAM, 1 JUN: Sebanyak 216 premis ditutup di Selangor setakat ini susulan penularan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD), kata timbalan menteri kesihatan 1.

Dato’ Dr Noor Azmi Ghazali berkata jumlah itu adalah daripada 691 premis di seluruh negara yang ditutup selama 10 hari selaras dengan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

“Terdapat juga premis yang secara sukarela mahu menutup iaitu jumlah keseluruhan 146 manakala 21 daripadanya adalah di Selangor,” katanya hari ini.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Town Hall Meeting (THM) HFMD peringkat Selangor di Perpustakaan Raja Tun Uda di sini.

Noor Azmi berkata setakat ini sebanyak 20,433 kes HFMD dilapor di Selangor dengan daerah Petaling merekod bilangan kes tertinggi sebanyak 7,247 kes.

“Sebanyak 182 kluster HFMD telah dilapor di Selangor melibatkan 773 kes dengan 83 peratus daripadnya melibatkan kluster taska, tadika dan pusat jagaan,” katanya.


Pengarang :