Orang ramai melihat koleksi buku Inisiatif Buku Darul Ehsan (IBDE) menerusi Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur pada 3 Jun 2022. Foto Twitter Buku IBDE × PBAKL 2022
AGENDABERITA UTAMANASIONALPILIHAN MINGGUAN

Pavilion Selangor di pesta buku KL, anjur diskusi sastera, maklumat inisiatif negeri

SHAH ALAM, 3 JUN: Bermula hari ini, Pavilion Selangor menerusi Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2022 dibuka kepada orang ramai di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.

Ruangan bersempena Selangor sebagai negeri tamu menyediakan pelbagai maklumat mengenai insentif negeri antaranya pembiayaan skim Hijrah Selangor dan biasiswa pelajaran Yayasan Selangor mulai 10 pagi hingga 10 malam.

Sebanyak 19 agensi terlibat seperti Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI, Invest Selangor, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor dan Tourism Selangor.

“Selain menjual buku, kita akan hebahkan segala insentif Selangor. Pada masa sama, kaunter akan dibuka bagi memudahkan pengunjung terus mendaftar,” kata wakil Perbadanan Perpustakaan Awam (PPAS) Selangor Mohamed Fadzli Mohd Fauzi.

Sementara itu, PPAS menerusi Facebook memaklumkan Program Hati dan Minda Sasterawan pada Pesta Buku Selangor tahun lalu turut dianjurkan di PBAKL 2022.

Program sejam dikendalikan penulis Siti Raihani melibatkan beberapa sasterawan antaranya Prof Emeritus Dr Muhamad Haji Saleh, Fadli Al-Akiti serta Helmy Samad yang merupakan anak A Samad Said.

PBAKL 2022 kembali dianjurkan selepas dua tahun tertangguh akibat Covid-19 dan menyasar kehadiran sehingga sejuta pengunjung selama 10 hari berlangsung.

Lebih 700 gerai pempamer ditempatkan di situ selain melibatkan hampir 200 penerbit tempatan dan antarabangsa termasuk dari Indonesia, Singapura dan Turki.


Pengarang :