AGENDANASIONAL

Covid-19: Kes harian hampir 4,000, sembilan lagi terkorban

SHAH ALAM, 14 JULAI: Kes harian Covid-19 kembali meningkat dengan semalam merekodkan 3,934 kes baharu sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan 4,604,670 kes.

Menerusi laman sesawang COVIDNOW, daripada jumlah itu sebanyak 3,927 kes membabitkan penularan tempatan dan bakinya adalah kes import.

Dalam pada itu, terdapat sembilan kematian dilaporkan menjadikan jumlah angka korban akibat wabak itu sebanyak 35,828 kes.

Kes harian baharu Covid-19 di negara ini meningkat sebanyak 27.9 peratus dalam tempoh 3 hingga 9 Julai lepas berbanding minggu sebelumnya.

Sebanyak 21,355 kes direkodkan sepanjang tempoh itu berbanding 16,694 kes pada 26 Jun hingga 2 Julai.

Di peringkat global, kes jangkitan Covid-19 meningkat untuk empat minggu berturut-turut selepas angka kes menurun pada Mac.

Setakat 27 Jun hingga 3 Julai, lebih 4.6 juta kes jangkitan dilaporkan dengan 8,100 kematian.


Pengarang :