Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap ketika Jelajah Harapan Selangor di Kampung Permatang, Tanjong Karang pada 2 Julai 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Selangor ikhtiar angkat martabat rakyat, kekal tadbir urus telus (VIDEO)

SHAH ALAM, 22 JULAI: Kerajaan Selangor sentiasa berikhtiar dan berusaha sedaya upaya mengangkat martabat rakyat meskipun memiliki dana dan pendapatan terhad.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata pemimpin juga menjaga kestabilan dan kemakmuran negeri dengan memberi semula sumbangan kepada rakyat.

“Di Selangor ini bukan satu penggal Pakatan Harapan (HARAPAN) jadi kerajaan tetapi tiga penggal. Kita buktikan dengan pentadbiran yang telus, bertanggungjawab dan berintergriti.

“Jika hendak semak, hendak siasat (tadbir urus) silakan, tiada kekangan,” katanya dalam keratan video yang dikongsikan di Twitter sempena Jelajah Harapan Selangor di Tanjong Karang pada 2 Julai.

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Selangor itu juga tekad mempertahan prinsip tersebut selagi diberi peluang untuk terus mentadbir.

“Kita pertahankan prinsip ini selagi HARAPAN di Selangor tidak kira siapa menteri besar atau EXCO. Kerajaan ada integriti dan ketelusan untuk menjaga amanah diberikan rakyat,” kata Amirudin.

Jelajah tersebut yang turut disertai Pengerusi HARAPAN Datuk Seri Anwar Ibrahim akan diteruskan di Kota Damansara, Petaling Jaya esok jam 8.30 malam.

 


Pengarang :