Kakitangan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bergambar bersama selepas program pemasangan Jalur Gemilang pada kenderaan sempena Hari Kebangsaan di Dataran Shah Alam pada 19 Ogos 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
BERITA UTAMAPBTSELANGOR

Semarak Hari Kebangsaan, MBSA pasang Jalur Gemilang di kenderaan

SHAH ALAM, 19 OGOS: Sebanyak 64 kenderaan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) serta agensi kerajaan dan swasta sekitar bandaraya ini dipasang Jalur Gemilang hari ini sebagai simbolik sambutan Hari Kebangsaan.

Datuk Bandar Shah Alam Dato’ Zamani Ahmad Mansor berkata program yang diadakan Dataran Shah Alam di sini bertujuan menyemarakkan semangat patriotik dan cintakan negara.

“Pemasangan Jalur Gemilang ini juga simbolik kepada kempen kibarkan Jalur Gemilang peringkat MBSA pada tahun ini.

“Sebanyak 64 kenderaan MBSA serta agensi lain seperti polis, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), hospital swasta, bank serta penghantar makanan Grab turut kita pasangkan Jalur Gemilang,” katanya selepas menyempurnakan program berkenaan.

Antara kenderaan yang dipasangkan bendera merangkumi motosikal, kereta, pacuan empat roda, bas, lori, van dan jengkaut.

“Kita harap bukan sahaja menyemarakkan semangat kakitangan MBSA, malah komuniti setempat untuk turut sama mengibarkan Jalur Gemilang,” katanya.


Pengarang :