EXCO Pembangunan Usahawan Rodziah Ismail beramah mesra bersama penduduk sempena program Jelajah Ehsan Rakyat peringkat DUN Batu Tiga di Laman Tijarah, Klang pada 1 Oktober 2022. FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONALPILIHAN MINGGUAN

Petani diajak sertai Jelajah Ehsan Rakyat, jual hasil tanpa orang tengah

KLANG, 1 OKT: Usahawan atau persatuan petani diajak menyertai Jelajah Ehsan Rakyat bagi membantu penduduk mendapat barang keperluan pada harga murah.

EXCO Pembangunan Usahawan Rodziah Ismail berkata inisiatif tersebut membolehkan golongan terlibat menjana pendapatan secara terus tanpa melibatkan orang tengah untuk memasarkan produk mereka.

“Hari ini Persatuan Cili Usahawan Tani Batu Tiga ambil peluang menjual hasil tanaman di program jualan murah barang asas. Lepas ini mungkin lebih ramai lagi menyertai program ini, kita boleh berganding membantu rakyat.

“Mereka juga tidak harus bergantung sepenuhnya kepada Kerajaan Negeri untuk menjual produk, ambil peluang yang ada untuk sama-sama bangunkan ekonomi,” katanya ketika ditemui  di Kampung Kuantan, di sini, hari ini.

Kerajaan Negeri memperuntuk RM10 juta untuk program tersebut di seluruh 56 DUN mulai 6 September hingga 6 Disember ini melibatkan 160 lokasi.

Jelajah Ehsan Rakyat anjuran Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor bagi membantu rakyat berdepan kenaikan harga barang telah memanfaatkan lebih 80,000 individu sejak diperkenal Disember tahun lalu.

Orang ramai boleh melayari laman sosial PKPS atau pautan https://linktr.ee/myPKPS untuk kemas kini lokasi jualan dari semasa ke semasa.

Usahawan tani menjual cili sempena program Jelajah Ehsan Rakyat peringkat DUN Batu Tiga di Laman Tijarah, Klang pada 1 Oktober 2022. FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Pengarang :