Calon Parlimen Simpang Renggam Dr Maszlee Malik ketika berkempen pada 12 November 2022. Foto Facebook Dr Maszlee Malik
AGENDANASIONAL

Kerusi Zahid, Ahmad Maslan, Maszlee goyang, antara 45 kawasan panas

SHAH ALAM, 18 NOV: Beberapa pemimpun utama termasuk presiden Umno Datuk Seri Zahid Hamidi dan tokoh Pakatan Harapan (HARAPAN) berdepan saingan sengit untuk mempertahan atau merebut kerusi masing-masing.

Menurut tinjauan Merdeka Center, selain Bagan Datuk yang disandang Zahid, berikut kerusi-kerusi yang dimenangi oleh beberapa lagi pemimpin nasional:

Kedah: Kulim Bandar Baharu – Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (P atau Penyandang)
Pulau Pinang: Kepala Batas – Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (P)
Perak: Gerik (Asyraf Wajdi Dusuki), Parit Buntar (Datuk Seri Muhajid Yusof – P), Lumut (Datuk Hatta Ramli – P)
Pahang: Indera Mahkota (Datuk Seri Saifuddin Abdullah – P), Kuantan (Fuziah Salleh – P)
Selangor: Kuala Selangor (Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad – P)
Kuala Lumpur: Titiwangsa (Khalid Samad)
Johor: Ayer Hitam (Wee Ka Siong – P), Simpang Renggam (Dr Maszlee Malik – P), Pontian (Datuk Seri Ahmad Maslan – P)

Kerusi tersebut antara 45 kawasan yang disenarai sebagai berada dalam persaingan sengit dengan perubahan sokongan kurang 5 peratus undi.

Berikut senarai penuh kerusi mengikut negeri:

Perlis: Padang Besar, Kangar
Kedah: Kuala Kedah, Merbok, Kulim Bandar Baru
Pulau Pinang: Kepala Batas
Perak: Gerik, Lenggong, Parit Buntar, Kuala Kangsar, Parit, Tapah, Lumut, Bagan Datuk
Pahang: Cameron Highlands, Indera Mahkota, Kuantan, Paya Besar, Kuala Krau, Temerloh, Bentong
Kuala Lumpur: Titiwangsa
Negeri Sembilan: Jelebu, Jempol
Melaka: Masjid Tanah, Jasin
Johor: Ayer Hitam, Simpang Renggam, Pontian, Tanjung Piai
Sabah: Kudat, Putatan, Penampang, Tenom, Pensiangan, Libaran, Batu Sapi, Tawau
Sarawak: Lubok Antu, Saratok, Julau

 


Pengarang :