Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mengagihkan kutipan fidyah kepada 225 penerima di daerah Petaling pada 15 November 2022. FOTO Facebook Majlis Agama Islam Selangor
AGENSISELANGOR

MAIS agih kutipan fidyah kepada 225 penerima

SHAH ALAM, 16 NOV: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mengagihkan kutipan fidyah berjumlah RM27,000 kepada 225 penerima semalam.

Penerima menerima barangan kotak makanan berupa set makanan kering seperti beras, minyak masak, bihun, gula, tepung gandum, kicap manis dan susu pekat manis.

“Terdapat 42 tempat agihan iaitu semuanya di daerah Petaling dan agihan fidyah ini disalurkan menerusi Rakan Strategik Agihan Fidyah MAIS (RSAFM) antaranya Masjid Al-Irsyad USJ1, Masjid Bandar Utama Damansara, Masjid At-Taqwa Desa Subang Permai Selangor serta lokasi lain,” kata kenyataan menerusi Facebook MAIS.

MAIS mengucapkan terima kasih kepada semua pembayar fidyah seterusnya sumbangan yang diberikan itu dapat membantu meringankan bebanan golongan memerlukan.

Bagi mereka yang belum sempat menunaikan kewajipan membayar fidyah boleh berbuat demikian secara atas talian melalui e-MAIS atau klik pautan http://fpx.mais.gov.my/epay/fidyah.php.


Pengarang :