Orang ramai menunaikan solat hajat sempena majlis Ihya’ Malam Pertama Rejab di Kediaman Rasmi Menteri Besar, Shah Alam pada 22 Januari 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Majlis Ihya’ malam pertama Rejab di kediaman rasmi MB disertai lebih 400 individu

SHAH ALAM, 22 JAN: Lebih 400 individu menyertai Majlis Ihya’ Malam Pertama Rejab di kediaman rasmi Dato’ Menteri Besar, di sini malam ini.

Majlis tahunan anjuran Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis) itu dimulakan dengan zikir munajat dan bacaan Yassin, seterusnya solat Maghrib serta solat hajat berjemaah.

Datin Seri Masdiana Muhamad turut serta membaca yasin serta doa selamat sempena majlis Ihya’ Malam Pertama Rejab di Kediaman Rasmi Menteri Besar, Shah Alam pada 22 Januari 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Yang dipertua Pekawanis Datin Seri Masdiana Mohamad berkata beliau tidak menyangka majlis keagamaan itu mendapat sambutan menggalakkan, terutamanya daripada penduduk setempat.

Datin Seri Masdiana Muhamad bercakap kepada Media Selangor selepas majlis Ihya’ Malam Pertama Rejab di Kediaman Rasmi Menteri Besar, Shah Alam pada 22 Januari 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

“Majlis ini sebenarnya terbuka kepada semua rakyat, terutamanya penduduk sekitar Shah Alam. Saya menjangkakan kehadiran adalah lebih 200 orang tetapi ia melebihi jangkauan.

“Saya juga menjemput beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) serta beberapa NGO wanita,” katanya.

Orang ramai membaca yasin serta doa selamat sempena majlis Ihya’ Malam Pertama Rejab di Kediaman Rasmi Menteri Besar, Shah Alam pada 22 Januari 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Tengku Putri Datin Paduka Hajjah Arafiah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz turut berkenan mencemar duli ke majlis berkenaan.

Masdiana berkata majlis ilmu dan keagamaan akan terus dianjurkan di Dewan Megawati kediaman rasmi Dato’ Menteri Besar, terutamanya menjelang Ramadan nanti.


Pengarang :