Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari melakukan gimik sepakan penalti sempena perlawanan persahabatan bola sepak di antara JKSP Gombak K’TAS FC lawan Hypernova FC di Brainy Bunch International School Kuala Lumpur (BBSKL), Gombak pada 25 Februari 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

MB tunjuk bakat main badminton, sepak penalti, ramai beri sorakan

Oleh DIANA ABD WAHAB

GOMBAK, 25 FEB: Dato’ Menteri Besar menunjukkan bakat bermain badminton pada pertandingan badminton tertutup pada Jelajah Kita Selangor Penyayang (JKSP) petang tadi.

Bertempat di Sekolah Kebangsaan (SK) Klang Gate di sini, kemahiran Dato’ Seri Amirudin Shari menghayun raket mendapat sorakan daripada orang ramai.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari melakukan gimik perasmian pertandingan badminton tertutup Kampung Klang Gate anjuran MPKK Klang Gate Baru di Sekolah Kebangsaan Klang Gate, Gombak pada 25 Februari 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

Beliau turut meluangkan masa kira-kira 20 minit beramah mesra bersama pemain dan orang ramai di situ.

Dato’ Menteri Besar kemudian menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan badminton anjuran Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Klang Gate Bharu dengan kerjasama SK Klang Gate.

Selain itu Amirudin turut memenuhi permintaan penduduk yang mahu berswafoto bersamanya.

Terdahulu pertandingan tertutup itu disertai kira-kira 300 peserta menerusi tiga kategori iaitu lelaki perseorangan, lelaki beregu dan wanita beregu.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bergambar bersama pasukan bola sempena perlawanan persahabatan bola sepak di antara JKSP Gombak K’TAS FC lawan Hypernova FC di Brainy Bunch International School Kuala Lumpur (BBSKL), Gombak pada 25 Februari 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

Usai beramah mesra Amirudin kemudian bergegas ke perlawanan persahabatan bola sepak JKSP Gombak membabitkan pasukan K’TAS FC menentang Hypernova FC.

Beliau turut meluangkan masa 20 minit beramah mesra bersama kedua-dua pasukan dan melakukan sepakan penalti sebelum berangkat pulang.


Pengarang :