Bas persiaran yang terbabit kemalangan di Kilometer 375 Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) 2 dekat Ajil, Bukit Besi pada 19 Mei 2023. Foto Bernama
AGENDANASIONAL

Seorang maut, sembilan cedera bas persiaran terbabas di LPT 2

DUNGUN, 19 MEI: Seorang penumpang wanita maut, manakala sembilan lagi cedera selepas sebuah bas persiaran terbabas di Kilometer 375 Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) 2 dekat Ajil, Bukit Besi di sini awal pagi tadi.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Terengganu, pihaknya menerima panggilan pada jam 5.16 pagi dan bergegas ke lokasi kejadian.

Bas yang membawa 30 penumpang itu dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke lorong bertentangan.

“Mangsa yang cedera dihantar ke hospital berhampiran dengan jentera EMRS dan ambulans, manakala mangsa yang maut diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” kata bomba.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Dungun Supt Baharuddin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

– BERNAMA


Pengarang :