Penduduk bergotong-royong melapah lembu korban ketika program Jom Rewang dan Kenduri sempena Aidiladha di Surau Raudhah Al-Muttaqin, Seksyen 4, Shah Alam pada 2 Julai 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
ADNSELANGOR

Kagum lihat penglibatan belia gotong-royong jayakan ibadah korban

SHAH ALAM, 2 JULAI: Program Jom Rewang & Makan Kenduri sempena Aidiladha di Surau Raudhah Al-Muttaqin, Seksyen 4 di sini pagi tadi berlangsung meriah meskipun perayaan itu memasuki hari keempat.

Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Anggerik kagum melihat 50 belia yang hadir secara sukarela bergotong-royong menyembelih lembu, melapah, memotong dan membahagikan daging

Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri Kota Anggerik Najwan Halimi

“Apabila anak muda menyertai program ini sedikit sebanyak dapat mendedahkan mereka dengan kerja kemasyarakatan, secara tidak langsung ada kemahiran menyembelih dan melapah daging korban.

“Walaupun kita tinggal di kawasan bandaraya semangat permuafakatan seperti di kampung itu ada, ini yang kita mahukan dan harap ia berterusan,” kata Najwan Halimi yang ditemui di program berkenaan.

Majlis berkenaan turut dimeriah dengan kehadiranTimbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abdul Halim, penyandang ADN Batu Tiga Rodziah Ismail dan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Nurul Izzah Anwar,

Dari kanan, Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Anggerik Najwan Halimi, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Nurul Izzah Anwar dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abdul Halim turut sama membantu petugas bergotong royong memotong daging ketika program Jom Rewang dan Kenduri sempena Aidiladha di Surau Raudhah Al-Muttaqin, Seksyen 4, Shah Alam pada 2 Julai 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

Terdahulu, Najwan turut menyembelih seekor daripada tiga lembu yang dikorbankan di surau berkenaan sebelum ia dimasak untuk dijamukan kepada penduduk setempat.

Najwan berkata majlis makan kenduri Aidiladha itu diadakan bertujuan merapatkan silaturahim antara penduduk dan meraikan juga petugas ibadah korban.

“Kita anggarkan 800 hingga 1,000 penduduk akan memeriahkan program makan kenduri Aidiladha ini yang berlangsung kira-kira jam 12 tengah hari nanti,” katanya.


Pengarang :