EXCO Kebudayaan Borhan Aman Shah meninjau persiapan Pameran Anak-anak Sidek bersama bekas jaguh badminton negara Datuk Misbun Sidek dan Datuk Jailani Sidek di Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam pada 26 September 2023. Foto Facebook Borhan Aman Shah
EXCOSELANGOR

Rancang projek perumahan, EXCO harap dapat dana belanjawan tinggi

SHAH ALAM, 18 OKT: EXCO perumahan berharap Belanjawan Selangor 2024 memberi dana tinggi tahun depan memandangkan pelbagai rancangan dirangka demi kehidupan rakyat.

Borhan Aman Shah berkata peruntukan itu dapat menyelaraskan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) yang mahu negeri ini membina 500,000 unit rumah.

“Selain menumpukan Rumah Selangorku, kita juga akan melihat kepada projek terbengkalai. Pemaju mungkin perlukan bantuan teknikal dan kita cuba membantu untuk pastikan rakyat memiliki kediaman.

“Dalam masa sama, kita juga rancang membaik pulih kediaman projek perumahan rakyat (PPR) menerusi Skim Ceria. Contohnya tambah baik lif sekali gus dapat menjaga kualiti hidup penduduk,” katanya.

Dato’ Menteri Besar memaklumkan belanjawan tahun depan dijadual dibentang dalam sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) pertengahan November.

Dato’ Seri Amirudin Shari memaklumkan pentadbiran negeri sedang menunggu perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.

Bagi belanjawan negeri tahun ini, sejumlah RM2.45 bilion diluluskan melibatkan perbelanjaan pengurusan berjumlah RM1.25 bilion manakala pembangunan pula sebanyak RM1.2 bilion.


Pengarang :