Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyampaikan pembentangan Belanjawan Selangor 2024 di Dewan Negeri Selangor, Shah Alam pada 10 November 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMA

RM40 juta tingkat bekalan makanan, depani perubahan iklim

SHAH ALAM, 10 NOV: Sebanyak RM40 juta diperuntuk bagi mengukuhkan kesediaan stok makanan sebagai persediaan menghadapi sebarang situasi akibat perubahan iklim atau geopolitik.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata usaha itu dijangka dapat mempertingkatkan bekalan makanan antara tiga hingga enam bulan.

“Sebanyak RM40 juta akan diperuntukkan dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS), iaitu RM20 juta daripada Kerajaan Negeri dan baki RM20 juta daripada PKPS.

“PKPS juga akan menggunapakai template penanaman padi yang terbukti dapat meningkatkan hasil penuaian sehingga dua kali setahun ke kawasan lain di Selangor serta negeri lain supaya keterjaminan makanan dapat ditingkatkan,” katanya ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2024 di sini hari ini.

Berikut inisiatif yang turut dilaksana bagi memastikan bekalan makanan negeri terjamin:

– RM10 juta jayakan projek klusterisasi tanaman dan produk hiliran di setiap daerah
– perluas projek Industri Hiliran Hasil Laut dan Agro Makanan Sungai Lang
– Kompleks urus hasil laut di Sekinchan


Pengarang :