Orang ramai menunggu nombor giliran bagi mengambil baucar ketika Program serahan Baucar SMUE/SMIS DUN Hulu Kelang di Taman Permata, Ampang Jaya pada 13 Januari 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
ADNSELANGOR

Baucar beli-belah tampung belanja dapur, penerima harap bantuan ditambah baik

AMPANG JAYA, 13 JAN: Golongan warga emas yang menerima baucar membeli-belah bersyukur menerima bantuan itu dan akan menggunakannya untuk membeli barangan dapur.

Penerima, Mohd Yatim Simin, 81, berkata baucar Jom Shopping bernilai RM150 besar manfaat kepadanya apatah lagi sudah tidak bekerja dan mempunyai pendapatan tetap.

Mohd Yatim Simin. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

“Baucar akan digunakan untuk memberi barangan dapur untuk menampung keperluan saya, isteri dan seorang anak, saya ucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri,” kongsinya kepada Selangorkini.

Terdahulu,  sebanyak 1,500 baucar Skim Mesra Usia Emas (SMUE) dan Skim Mesra Insan Istimewa (SMIS) diagihkan Penyelaras Pejabat DUN Hulu Kelang Juwairiya Zulkifli di Giant Taman Permata hari ini.

Program dengan kerjasama Yayasan Warisan Anak Selangor menyediakan kaunter bergerak di Giant Taman Permata, di sini bagi memudahkan penerima mengambil baucar.

Mariathaeresa Kumar. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Bagi Mariathaeresa Kumar, 62, pemberian baucar membeli-belah itu cukup untuk membantu perbelanjaan keluarga dalam tenpoh seminggu.

“Saya bersyukur meskipun nilainya hanya RM150 tetapi ia amat besar ertinya kepada saya. Saya harap inisiatif ini akan diteruskan serta ditambah baik pada masa depan bagi memperluaskan penerima manfaat.

Seorang lagi warga emas, Choe Bee Bee, 70, berkata sumbangan itu digunakan untuk membeli makanan dan minuman bagi menyambut perayaan bersama keluarga.

Choe Bee Bee. HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

“Saya akan guna baucar nilai RM150 untuk beri barang dapur seperti beras dan minyak masak di pasar raya berdekatan rumah,” katanya.

SMUE diperkenalkan lebih sedekad lalu bagi menghargai warga emas negeri ini dengan setiap ahli mendapat manfaat baucar hadiah hari jadi serta khairat kematian.

Bermula tahun lalu, nilai baucar SMUE ditambah kepada RM150 berbanding RM100 sebelum ini dan jumlah sama turut diberi kepada peserta Skim Mesra Insan Istimewa (SMIS) melibatkan peruntukan RM37.5 juta.

Penyelaras DUN Hulu Kelang Juwairiya Zulkifli beramah mesra bersama penduduk yang hadir ketika Program serahan Baucar SMUE/SMIS DUN Hulu Kelang di Taman Permata, Ampang Jaya pada 13 Januari 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
Penyelaras DUN Hulu Kelang Juwairiya Zulkifli beramah mesra bersama penduduk yang hadir ketika Program serahan Baucar SMUE/SMIS DUN Hulu Kelang di Taman Permata, Ampang Jaya pada 13 Januari 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
Orang ramai membuat pendaftaran ketika Program serahan Baucar SMUE/SMIS DUN Hulu Kelang di Taman Permata, Ampang Jaya pada 13 Januari 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Pengarang :