ADN Seri Serdang Abbas Azmi melihat sayuran yang ditanam secara hidroponik selepas majlis perasmian Eco Melati Garden di Kolej Melati, UiTM Shah Alam pada 13 Januari 2024. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
ADNSELANGOR

Lebih 1,000 penduduk Seri Serdang terima bantuan sekolah, perayaan

SHAH ALAM, 13 JAN: Sebanyak 800 bantuan sekolah akan diagih kepada kalangan keluarga berpendapatan rendah (B40) sekitar Seri Serdang sempena sesi persekolahan akan datang.

Wakil rakyat Abbas Azmi berkata bantuan diagih kepada 600 ahli Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas) yang memasuki darjah satu manakala selebihnya merupakan sumbangan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI.

ADN Seri Serdang Abbas Azmi ditemui pemberita selepas majlis perasmian Eco Melati Garden di Kolej Melati, UiTM Shah Alam pada 13 Januari 2024. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

“Ini merupakan inisiatif Kerajaan Negeri kepada golongan sasar dalam mengurangkan beban belanja untuk kelengkapan persekolahan. Bantuan ini akan diagih berperingkat,” katanya selepas merasmi taman mini ‘Melati Eco Garden’ di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini hari ini.

Sempena sesi persekolahan 2024, Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas) menyediakan bantuan berupa beg sekolah, kelengkapan alat tulis, bekas makanan dan tabung kepada 36,326 ahli Tawas menerusi Program Bantuan Masuk Sekolah.

Sementara itu Abbas berkata seramai 400 keluarga B40 turut menerima baucar Jom Shopping Raya bernilai RM200 sempena perayaan Tahun Baharu Cina bulan depan.

“Sekarang kita masih mengenal pasti penerima layak. Agihan akan dibuat secepat mungkin supaya mereka dapat menyediakan keperluan raya dan boeh berbelanja di Pasar Raya Giant Seri Kembangan,” katanya.

Tahun ini sebanyak RM16.48 juta disediakan bagi baucar Jom Shopping tahun ini meliputi 82,400 penerima dengan 23,900 ketika sambutan Tahun Baharu Cina selebihnya untuk Hari Raya Aidilfitri dan Deepavali.

Jom Shopping Raya diperkenalkan Kerajaan Negeri yang menyasar golongan berpendapatan rendah sebagai inisiatif jangka panjang bagi membela kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

ADN Seri Serdang Abbas Azmi bergambar bersama pelajar selepas majlis perasmian Eco Melati Garden di Kolej Melati, UiTM Shah Alam pada 13 Januari 2024. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

Pengarang :