Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais) Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Mohd Yusof menyampaikan sumbangan cek cura ketika Majlis pelancaran Pelan Anti Rasuah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) di Masjid Negeri, Shah Alam pada 17 Januari 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

LZS sasar kutip zakat RM1.35 bilion, bantu lebih ramai golongan memerlukan

SHAH ALAM, 17 JAN: Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyasarkan kutipan sebanyak RM1.35 bilion pada tahun ini, kata pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais).

Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata sasaran itu mampu dicapai dengan usaha semua pihak sekali gus membantu lebih ramai golongan memerlukan di negeri ini.

“Insya-Allah, angka RM1.35 bilion ini tidak mustahil untuk dicapai pada 2024. Jadikan ia sebagai kayu pengukur dan cabaran daripada pengerusi Mais bagi pencapaian kutipan zakat tahun ini. Saya yakin dengan kemampuan LZS, ia boleh dicapai melebihi sasaran.

“Untuk tahun ini pula LZS mengutip lebih RM791 juta setakat November tahun lalu iaitu peningkatan sebanyak tiga peratus berbanding 2022,” katanya ketika berucap pada Majlis Perutusan Pengerusi Mais 2024 dan Majlis Pelancaran Pelan Antirasuah di Dewan Syarahan dan Muzakarah di Masjid Negeri di sini hari ini.

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais) Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Mohd Yusof menyampaikan sumbangan cek cura ketika Majlis pelancaran Pelan Anti Rasuah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) di Masjid Negeri, Shah Alam pada 17 Januari 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Beliau berharap LZS dapat memperluaskan lagi agihan zakat dan berkongsi rezeki melalui peruntukan amil kepada Universiti Islam Selangor bagi tujuan pembangunan pendidikan.

“Dengan wang zakat juga diharap LZS boleh menyumbang wakaf kepada Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) dan membantu anak yatim menerusi Yayasan Islam Darul Ehsan,” katanya.

Dalam perkembangan sama, beliau turut memuji prestasi cemerlang dipamerkan PWS yang berjaya mengutip wakaf tunai, wakaf khas dan manfaat wakaf (sewaan) sebanyak RM75.4 juta tahun lalu.

“Ini merupakan pencapaian 98 peratus daripada sasaran. Justeru, tahun ini kita menyasarkan kutipan wakaf lebih tinggi iaitu sebanyak RM100 juta bagi keseluruhan jenis kutipan,” ujarnya.

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais) Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Mohd Yusof (tengah) bergambar bersama penerima sumbangan selepas Majlis pelancaran Pelan Anti Rasuah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) di Masjid Negeri, Shah Alam pada 17 Januari 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Pengarang :