Perpustakaan Awam Selangor@Daerah Hulu Langat di Bandar Baru Bangi menyediakan ruang lebih selesa untuk pengunjung pelbagai peringkat umur. Foto Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS)
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Perpustakaan negeri di Bangi dibuka, sedia ruang luas untuk kanak-kanak

SHAH ALAM, 12 JAN: Perpustakaan Awam Selangor@Daerah Hulu Langat di Bandar Baru Bangi dibuka semula kepada orang ramai bermula hari ini.

Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) memaklumkan perpustakaan tersebut selesai dinaik taraf selain melalui proses proses penjenamaan bagi menarik lebih ramai pengunjung.

“Perpustakaan ini menyediakan ruang yang lebih luas dan selesa kepada pengunjung. Pelbagai kemudahan disediakan seperti sudut teknologi maklumat dan ruang kanak-kanak.

“Turut disediakan sudut bacaan kanak-kanak yang ceria dan interaktif, sudut bacaan dewasa, WiFi, bilik penyusuan, tandas dan surau.

“Ia dibuka setiap hari dari 9 pagi hingga 6 petang kecuali cuti umum. Untuk sebarang maklumat lanjut hubungi talian 03-89267566. Jom datang beramai-ramai,” maklumnya di Facebook.

Perpustakaan Awam Selangor@Daerah Hulu Langat di Bandar Baru Bangi menyediakan ruang lebih selesa untuk pengunjung pelbagai peringkat umur. Foto Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS)

Tahun lalu, Pengarah PPAS Datin Paduka Mastura Muhamad berkata sebanyak 73 daripada 104 perpustakaan awam negeri ini selesai dinaik taraf selain melalui proses penjenamaan semula.

Selain itu Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari sebelum ini berkata Selangor membudaya perpustakaan sebagai gedung ilmu dengan pelbagai kemudahan untuk semua sekali gus menyokong agenda pembangunan negeri berlandaskan pengetahuan.

 

Perpustakaan Awam Selangor@Daerah Hulu Langat di Bandar Baru Bangi menyediakan ruang lebih selesa untuk pengunjung pelbagai peringkat umur. Foto Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS)

 

Perpustakaan Awam Selangor@Daerah Hulu Langat di Bandar Baru Bangi menyediakan ruang lebih selesa untuk pengunjung pelbagai peringkat umur. Foto Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS)
Perpustakaan Awam Selangor@Daerah Hulu Langat di Bandar Baru Bangi menyediakan pelbagai kemudahan untuk disewa kepada orang ramai. Foto Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS)

Perpustakaan Awam Selangor@Daerah Hulu Langat di Bandar Baru Bangi menyediakan bilik perbincangan kepada orang ramai. Foto Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS)

Pengarang :