Ahli Dewan Negeri (ADN) Sentosa Dr G Gunaraj (tengah) pada majlis berbuka puasa bersama agensi kerajaan anjuran ADN Sentosa di Laman Mazmida, Taman Sungai Jati Permai, Klang pada 4 April 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
ADNSELANGOR

ADN Sentosa anjur majlis berbuka, lebih 100 wakil penduduk, media hadir

SHAH ALAM, 4 APRIL: Lebih 100 orang diraikan dalam majlis berbuka puasa anjuran Ahli Dewan Negeri Sentosa di Laman Mazmida Sungai Jati di sini hari ini.

Dr G Gunaraj berkata mereka terdiri dalam kalangan pengamal media, ketua kampung, kakitangan agensi kerajaan serta wakil penduduk DUN Sentosa.

“Tujuan kita anjurkan majlis berbuka puasa ini untuk mengeratkan lagi hubungan antara wakil rakyat dan penduduk.

“Kita memang anjurkan majlis ini hampir setiap tahun dan bercadang meneruskan lagi pada masa akan datang,” katanya ketika ditemui.

Selain majlis berbuka puasa, Dr G Gunaraj berkata pihaknya mengatur sembilan program sepanjang Ramadan ini antaranya edaran pek makanan berbuka puasa dan bubur lambuk.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Sentosa Dr G Gunaraj (dua, kiri) menyantuni warga media pada majlis berbuka puasa bersama agensi kerajaan anjuran ADN Sentosa di Laman Mazmida, Taman Sungai Jati Permai, Klang pada 4 April 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

“Kita turut mengedarkan juadah berbuka puasa kepada petugas barisan hadapan seperti bomba, polis dan kakitangan Hospital Tuanku Ampuan Rahimah serta aktiviti moreh di surau dan masjid di DUN Sentosa.

“Selain itu, kita turut menerima tajaan daripada Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor untuk membeli baju raya kepada anak yatim serta menyemarakkan program Quran Hour di masjid surau yang diselia pegawai hal ehwal masyarakat Islam DUN Sentosa siang tadi,” ujarnya.

Antara tetamu pada majlis berbuka puasa bersama agensi kerajaan anjuran ADN Sentosa di Laman Mazmida, Taman Sungai Jati Permai, Klang pada 4 April 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Pengarang :