Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) Anuar Hamzah Tohar (kanan) menyampaikan cenderamata penghargaan kepada Raja Zaharah Raja Sulaiman disaksikan Pengurus Bahagian Korporat PWS Muhammad Hafiz Bahari di kediaman Raja Zaharah di Seksyen 13, Shah Alam pada 24 April 2024. Foto Facebook PWS
AGENSISELANGOR

Demi kasih terhadap arwah suami, wanita wakaf harta RM60,000

SHAH ALAM, 24 APRIL: Demi kasih terhadap arwah suami, seorang wanita warga emas mewakafkan hartanya berupa wang tunai RM60,000 kepada Perbadanan Wakaf Selangor (PWS).

Raja Zaharah Raja Sulaiman, 69, berbuat demikian dengan niat semua pahala amalan tersebut mengalir kepada Allahyarham Anwar Mohd Ali yang meninggal dunia lima bulan lalu serta ahli keluarga lain.

“Semoga ibadah wakaf yang dilaksanakan menjadikan jariah pahala yang berpanjangan sehingga yaumulakhirah,” maklum agensi itu menerusi Facebook.

Terdahulu, wakil PWS yang diketuai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutifnya Anuar Hamzah Tohar mengunjungi kediaman Raja Zaharah yang terletak di Seksyen 13 di sini,hari ini.

Anuar turut menyampaikan cenderamata penghargaan sambil disaksikan Pengurus Bahagian Korporat PWS Muhammad Hafiz Bahari.

Orang ramai yang mahu menunaikan wakaf tunai, boleh berbuat demikian secara dalam talian melalui pautan https://fpx.wakafselangor.gov.my atau infaqpay.my/go/wakafselangor


Pengarang :