Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari merasmikan majlis penyerahan Dana Penajaan Kenderaan Mikromobiliti Segway kepada Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang pada 24 April 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

MBI sumbang skuter elektrik, tingkat kawalan keselamatan KLIA, KLIA2

SEPANG, 24 APRIL: Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI menyumbang empat unit kenderaan mikromobiliti e-skuter kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) kontinjen Selangor bernilai lebih RM55,000 hari ini.

Dato’ Menteri Besar berkata skuter elektrik itu akan digunakan anggota keselamatan di terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2 sekali gus mempertingkat kawalan keselamatan di pintu masuk negara.

“Dua unit mikromobiliti e-skuter akan ditempatkan di KLIA manakala dua lagi di KLIA2 untuk pertingkat kawalan keselamatan selain kepercayaan awam terhadap keselamatan (lapangan terbang) kita.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari pada majlis penyerahan Dana Penajaan Kenderaan Mikromobiliti Segway kepada Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang pada 24 April 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

“Ia juga sudah pasti dapat meluaskan lagi capaian keluasan kawalan dengan tindakan pencegahan dilakukan lebih pantas apabila sesuatu laporan diterima,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari selepas majlis simbolik penyerahan mikromobiliti e-skuter di KLIA di sini, hari ini.

Amirudin menambah terminal KLIA dan KLIA2 menerima purata jumlah pengunjung harian 250,000 sehari dengan 60 juta pengunjung direkodkan setahun.

“Kenderaan mikromobiliti ini mempunyai spesifikasi yang biasa digunakan di lapangan terbang awam di negara lain untuk kawalan keselamatan.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bersama anggota polis Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor selepas majlis penyerahan Dana Penajaan Kenderaan Mikromobiliti Segway di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang pada 24 April 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

“MBI juga bersedia menambah kemudahan ini bergantung kepada permintaan dan ini sebenarnya bukan kali pertama (MBI berbelanja untuk kawalan keselamatan).

“Sebelum ini kita membelanjakan RM2 juta ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk (menaja) penggunaan basikal elektrik (e-bike) bagi membantu pasukan briged tengah dalam kawalan Ops Benteng,” katanya.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari pada majlis penyerahan Dana Penajaan Kenderaan Mikromobiliti Segway kepada Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang pada 24 April 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Pengarang :