SUKANKINI

PKNS FC ke Bangkok sertai perlawanan pra musim

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 18 JAN: PKNS FC berlepas ke Bangkok, Thailand hari ini untuk tiga aksi persahabatan bermula 20 hingga 26 Januari.

Aksi pra-musim itu antaranya ingin menguji corak permainan dan keserasian sebelum aksi Liga Malaysia membuka tirai, pada 3 Februari ini.

Red Ants dijadualkan bertemu Patayya United, pada 20 Januari diikuti Police Tero FC tiga hari kemudian dan Army United, pada 26 Januari.

Semua perlawanan dijadualkan berlangsung, pada jam 4 petang.


Pengarang :