BERITA UTAMASELANGOR

Bekalan air kembali beroperasi sepenuhnya

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 13 MAC: Bekalan air di enam wilayah di Petaling, Klang dan Shah Alam, Kuala Lumpur, Hulu Selangor dan Kuala Langat sudah kembali beroperasi sepenuhnya.

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dalam kenyataan berkata setakat jam 8 pagi tadi peratusan pemulihan kini pada tahap 100 peratus.

Katanya pemulihan bekalan air itu selepas insiden henti tugas Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 3 (SSP3) ekoran lima Paip Sistem Mampaan Udara (Surge Vessal System) pecah bari-baru ini.

“Pihak kami mengambil segala usaha dan tindakan untuk meningkatkan tekanan dan aliran di kolam perkhidmatan serta sistem agihan bagi mempercepat proses pemulihan sepenuhnya di kawasan yang berada di lokasi tinggi dan di penghujung sistem agihan

“Kerjasama pengguna sepanjang tempoh gangguan dan pemulihan bekalan amat dihargai,” katanya.

Terdahulu, gangguan bekalan air berlaku bermula 6 Mac lalu menyebabkan 427 kawasan terputus bekalan.

=EZY=


Pengarang :