SELANGOR

MB ucap tahniah kepada Anwar

OLEH NADIAH ZAMLUS

PORT DICKSON, 14 OKT: Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari menzahirkan ucapan tahniah kepada Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang meraih kemenangan, pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson, semalam.

Menerusi Twitter, beliau bangga apabila melihat kemenangan itu diraih dengan majoriti besar, iaitu 23,560 undi.

“Kepulangan Anwar ke Parlimen kali ini membawa agenda besar untuk melaksanakan reformasi,” tulisnya.

Pada PRK itu, Anwar meraih 31,016 undi, sekali gus menyingkirkan enam calon lain iaitu Tan Sri Isa Samad, Nazari Mokhtar, Saiful Bukhari Azlan, Lau Seck Yan, Kan Chee Yuen dan Stevie Chan.

Isa memperolehi 4,207 undi, Saiful (82), Nazari (7,431), Kar Chee (154), Stevie (353) serta Lau Seck (214).

 


Pengarang :