Temalian takdir | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Afeeqa Afeera

Temalian takdir

Di balik bait-bait
kuselitkan bingit diamku
dari bersitan tembang palsu
kisah hangit siang.

Baris-baris enggan merenjis
air mawar, bahkan menghiris
wajah sedarku berlopakkan luka
diparuti lumu pertelingkahan kita.

Susunan kata sekadar balasan
gagal bertukar menjadi jawapan
persoalan kita terawang-awang
berenang antara tetiang langit.


Oh, aku tidak pernah
menulis puisi, bahkan puisilah
menuliskan aku : tentang
bingit, sedar dan balasanku
terhadap temalian takdir kita.

(Ah! Merah dakwat tersisa
di jarimu yang ketiga.)

Za’im Yusoff
Pinggiran Bukit Ampang

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next