BERITA UTAMA

Gempa Banten: Tiada rakyat Malaysia terkesan

KUALA LUMPUR, 3 OGOS: Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta mengesahkan tiada warganegara Malaysia yang terkesan ekoran gempa bumi bermagnitud 7.4 Skala Richter yang berlaku di Banten, Indonesia petang semalam.

“Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta masih lagi menunggu laporan daripada pihak berkuasa tempatan di Indonesia dan akan sentiasa memantau perkembangan kejadian ini.

“Rakyat Malaysia diminta sentiasa tenang dan mengikuti berita tempatan untuk mengetahui perkembangan terkini,” kata kedutaan dalam satu kenyataan.

Kenyataan itu menyebut, Indonesia juga menarik semula amaran tsunami itu pada 9.35 malam (waktu tempatan).

Warganegara Malaysia yang berada di sekitar kawasan terjejas dan memerlukan bantuan konsular dinasihat agar berhubung dengan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta seperti berikut:

KEDUTAAN BESAR MALAYSIA, JAKARTA

Jalan H.R. Rasuna Said
Kav. X/6 No 1-3, Kuningan
Jakarta Selatan, 12950
Republik Indonesia

-BERNAMA


Pengarang :