BUDAYARENCANA

(i)syarat

Kerana cinta tak menuntut syarat;
ia menjelmakan isyarat-isyarat.

Seperti angin yang memeluk tubuhmu
tika kau kepanasan mencari dingin hawa.
Seperti tanah yang mencium telapak kakimu
saat kau mendongak, lebih mempersonakan senja.
Seperti tempias hujan membisik ke rambutmu
waktu kau mencari alas, menutup kepala.

Ia cinta yang terabaikan. Kerana
kau lebih memilih cintamu
yang mengisyaratkan kau menjelma.

Api Husien


Pengarang :