Gambar Hiasan
AGENDAGLOBAL

Banjir kilat di Indonesia ragut tujuh nyawa

JAKARTA, 23 FEB: Angka korban akibat banjir kilat di Yogyakarta, Indonesia meningkat kepada tujuh orang dengan 23 lagi cedera, lapor agensi berita Xinhua memetik agensi bencana.

Mangsa dihanyutkan air banjir ketika 249 pelajar Sekolah Menengah SMP Negeri I Turi menjalankan aktiviti pengakap dengan menyelusuri Sungai Sembor di daerah Sleman, kata jurucakap Agensi Pengurusan Bencana Negara Agus Wibowo.

Beliau berkata tiga lagi pelajar masih hilang.

Operasi mencari dan menyelamat melibatkan antaranya anggota tentera, polis serta sukarelawan.

-BERNAMA


Pengarang :